menjelangnya satu RAMADHAN

" Sesungguhnya, pada bulan ramadhan pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya dan tertutuplah pintu2 neraka serapat-rapatnya,dan dibelenggu segala syaitan2."

Syukran..wow! terima kasih ya Allah dah sampaikan aku ke bulan mulia ni. secara jujurnya, setiap kali bila terkenang arwah Ustaz asri, bila dimainkan lagu 'menunggu ramadhan' di musolla mesti ada benda yang offer diri jadi 'busybody' time tengah feeling2 gini. siapa lagi kan tak kenal yang namanya teardrop tu.

bila fikirkan Ustaz Asri..

- sebak! sebab beliau tak berkesempatan nak menyentuh satu ramadhan. Dulu tatkala beliau masih bernyawa, segala lagu2 nasyid yang dinyanyikan terasa lalu lepas telinga sahaja. Ana sangat mengkagumi pandangan orang ramai ramai terhadap beliau. naqibah ana sendiri mengakui yang beliau ni merupakan seorang yang sangat tawadhuk, lemah-lembut dalam pertuturannya, sebab naqibah ana sendiri pernah berbicara bersamanya. itulah manusia kan, bila benda tu takde barulah sibuk2 nak hargai.

tapi sebaliknya bila terkenangkan arwah Yasmin ahmad..

- ruginya beliau tak dapat nak hadapi satu ramadhan. ana bukan nak sangka buruk terhadap apa yang beliau lakukan selama ini. sebab ana bukannya hidup sebumbung ngan beliau pun. Ruginya Ya Allah. beliau ditarik nyawa dalam keadaan beliau still lagi seorang yang khunsa. Dunia sekarang memang pelik. macamane la org khunsa boleh kahwin ngan lelaki. ish3

tahun ni memang berbeda dari tahun2 sebelummnya. terasakan perasaan nak hadapi ramadhan makin matang. benda yang busybody tu selalu sangat keluar panggil kawan2 dia yang lain tu ramai2. semua rebut2 nak keluar. pernah dia keluar time kt musolla tengah show utk perasmian ihya' ramadhan. ada sorang kawan ana ni terus pujuk, aduih, "jgnla futur ye mai". baiklah, wahai sahabatku. Islam tak ajar kita berputus asa kan? jadi lepas ni, jgn pernah putus asa dalam menuntut ilmu kawan2ku~ sama-sama kita hadapi PMR dengan tabah. moga dipermudahkan, Amiinn

sketsa lapang sebelum sempit


bayangkan.. anda di tepi laut bersama 2 orang rakan yang paling anda sayangi..


jalan-jalan , bergelak ketawa , bersuka ria sambil main teka-teki trivia,

' cuba teka, darah serangga warna apa?'

' kuning keemasan?'

' emm...biru?'

salah! jawapan dia kuning~

diiringi ngan gelak ketawa kawan anda dan percikan air laut kt muka. masin

tiba-tiba, nampaklah seorang pak cik sedang membetulkan pukatnya memandangkan musim itu bukan masanya untuk dia turun ke laut.

lalu,anda dan 2 org rakan anda itu pun mendekati pak cik itu..
niat di hati ingin mengenakan pak cik itu sedas dengan soalan anda

sampai di hadapan pak cik tersebut..

' assalam pak cik!'

"pakcik pakcik, pak cik pernah tak pegi tempat yang baru je dinobatkan sebagai seven wonders of the world pada tahun 2007 dengan sampan pakcik ni?'

pak cik tersebut kehairanan, sambil menggaru kepala.' tempat apa tu nak, disko? pak cik tak larat la nak.'

' aduh pak cik ni, bukan disko.. tp kt petra Jordan la pak cik. '

anda ketawakan pak cik tersebut dengan happynya.

pak cik tu teba-tiba bersuara.

'hah dek! dek tau tak buat kuak lentang kt laut ni. cepatla buat, pak cik nk rakam'

tekejot beruk mereka. rakam!? pak cik ni..ada webcam ke..?

ape pulak takdek. ade ni hah. mata pak cik nanti boleh pak cik ingat bila2.

sorila la pak. tak reti la pak.

'aik, bukan air laut ni masin dan banyak garam ke, lagi senang nk buat kuak lentang sbb garam tu sokong kita punya badan.

hebak aa mu pak cik

jadi.

- jgn pandang rendah pada sesiapa kerana kita tak tahu ilmu jenis apa yang mereka ada. jika kita pandang rendah kt seseorang itu, membuatkan kita tak terima ilmu dari dia. Pelajaran yang paling berkat adalah belajar dari pengalaman.

baby baru

baru keluar.
0 sweet
cute..


kini ana dah bergelar mak uda. (:D) hah!

kerana pada tarikh 28.6.2009 detik 21.40 pm. telah lahirnya seorang srikandi yang bakal meneraju kebangkitan ummah pada masa hadapan iaitu Asiah Awatiff bt Aiman, dimana dia merupakan anak saudara saya yang pertama! lahirnya ke dunia perlu menghadapi macam2 peringkat. last2 operate gak. sian k. long.. da ngidam nk lahirkn Asiah secara normal, tak diizinkan. neva mine. baby ni berat dan besar, 4.5 kg uh! kalah aku time kecik. 4.2 kg je au.


tak saba nak tunggu Asiah balek!! yay! nk dukung2..hug2 kalau bole la kan.

to k. long: ni dia bukti yang menunjukkan amai punya harapan kt Asiah pon tinggi gak au.

tika ana jejakkan langkah ke situ

bahagiakan? kalau bumi ni betul2 bawah pentadbiran dan naungan orang islam yang really2 islam.


so sweet

tenangnya..

oh bahagia.


sbb apa tau. pernah sekali tu.. saya memborong neccesities yang nk dibwak balik skola. singgahlah kejap kt pasaraya ****n. masok2 je. my gosh! dia pasang nasyid dow~ tekumat-kamit mulut pengunjung2 kt situ. jarang dengar la kan nasyid kt tempat2 awam macam tu. sebab tu diorang cam teruja dan senang hati nk nyanyikan nasyid. maaflah. saya bukannya orang yang panjang hujahnya. cuma nak kongsikan rasa yang hadir saat itu. tiada hadis atau ayat quran yang rasanya mahu dikupaskan. cukuplah doa agar sesiapa yang membaca text ringkas ni supaya dia fikir lagi dalam berbanding apa yang saya tulis.


sama2 kita jayakan industri nasyid tempatan! ( pahal mu. patriotism plak.)

sesuatu..

ehek! [ngade gile ]


takdela ape sangat. sebenarnya , cuma mahu mengongsi satu video. video ni dilakukan oleh HAKAM yang membawa makna, 'kekal' jika nak diistilahkan dalam bahasa arabnya. tapi bila dimelayukan dan dimanipulasi sedikit.. ianya membawa tidak lagi membawa maksud yang sama.. tetapi lebih kepada satu singkatan nama bagi 2 orang insan yang diberi nama, Humaira' Ahmad Khalid dan Aqila Mathurudi.

takla seberapa objek ini. cuma suatu tugasan yang dihulurkan oleh Muallim Amir iaitu guru teknologi maklumat kami. Tajuk video dipilih berdasarkan teringatnya kami akan sekolah yang bakal ditinggalkan tahun hadapan..[InsyaAllah]. Bukan bermakna yang kami ni Hira's Lover. cuma nk melepaskan betapa sukar + gembiranya = sedihnya kami merasakan bagaimana hira' selepas kami keluar. yelah, bukannya mudah nak biasakan di tempat baru nanti dengan membawa luka-luka dan kesan-kesan haruman yang dahulunya digores dan ditetakkan ke arah kami, tambahan pula luka-luka tersebut telah di spray kn dengan sebotol kecil minyak wangi! tak ke pedih uh..auchh! walaupun pedih tetapi indah dan wangi..

sedar sedar.rupanya bukan kami berdua sahaja. tetapi ramai lagi yang boleh dikatakan hampir sebaya ( kerana bukan lahir hari yang sama ) sebenarnya yang turut bersama-sama kami dalam hadir dalam satu kisah hidup yang kalau nak dicerita atau ditayangkan adalah selama 14 tahun 8 bulan lamanya. Jadi, dengan ilham hati dan perasaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada para hambanya.. hanya dengan beberapa keping gambar sahaja, kita manusia yang hebat ini dapat mengimbau kembali kisah yang mungkin telah lupus atau sudah tiada lagi dalam fikiran kita.

betapa hebatnya otak kita bukan. tiada limitnya! salah kalau ada yang beranggapan bahawa orang kepala besar tu pandai. sebenarnya ilmu bukanlah dalam bentuk jirim.. mustahil kalau kita expert dalam bidang membaiki kereta akan dusumbatkan sebuah kereta dalam otak kita. ilmu seperti yang semua ketahui adalah berbentuk abstract..

* maaf, jika mahu melihat vid tersebut secara kekal bolehla menyelongkar dari dalam pendrive milik aqila atau mayra'

sleep paralysis menghantuiku


biase tk dengar peristiwa org kene hempap,tindih,nmpak hantu time tido, dgr mcm2 dsb.dsb.dsb


ana/aku selalu gak aa kene mende2 nie. selalunya time tido a. tau akk cmne. mula2 tgh syok2 tido tu, tetibe rase cam berat, mata dlm keadaan bole nmpak dunia luar, badan tak bole gerak, mmg berusaha gile aa nk gerakkan balek bdn uh. kalau nasib baik mmg tkde pape la. tp kalau tk, InsyaAllah nmpakla sekujur badan berjubah putih,dgn rambutnya ygg kusut uu, muka merah2 cam pondan tgh duduk pandang cermin kt sebelah kite ( cite btol nieyh!). kalau tk pon, juz dgr je la suara org bisik2 kt telinga. kadang2 geram! sbb asyik jadik je. tido pon terganggu.

sebenarnya, kalau nk tau, inilah proses dimana..( tak tau a nk jelaskn secara saintifik ) tp yang pastinya, time ni mmg otak tgh bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (takder muscle tone), ok, otak kiter pun ader switch off button..dipanggil reticular activating system RAS..bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on..kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik..kita sedar fully awake state..tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....


kadang2 mende ni dtg sekali dgn halusinasinya. tu yg jadi nmpak mcm2 uh. kadang2 tu plak kite tgh nmpak hantu ni. dah jerit mak! dah. mak kite tk dengar plak. walaupun dh kuat gile da kite jerit. dulu mmg tak tau pasal mende ni, tp lepas dh tau..ku terasa mcm ade mende laen plak yg hempap! iaitu, aku mmg kene luaskan ilmu aku lagi supaya tk fikir mnde2 ngarot lagik dah.


oke ye teman2 seperjuangan ku si smih. mende ni normal tau. dia biasenya berlaku same ade time kite panat sgt atau tk cukup tido, atau tido melentang terlalu lama.. takutlah kita hanya pada ALLAH sahaja.. sekian







saya menyertai

saya menyertai

about the writter

- dihasilkan atas pengaruh ****n
- pemiliknya seorang yang ::undescribed::

pemilik sentiasa teransang dengan kata-kata ini

" setiap kali anda bangun dr tidur merupakan
peluang untuk kita berubah kepada
yang lebih baik "

hanyalah seorang insan yang masih tak tau apa yang dia nak sebenarnya. syukurlah sikit~

sumber kuat hati pemangkin ruhiyah!

borak2 ukhuwwah


ShoutMix chat widget

kiraan ummah